Wahai Adamku…Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi, tidak
heranlah jika perjalanan hidupku senantiasa inginkan bimbingan darimu
tatkala aku senantiasa berbelok dari landasan… kerana aku buruan
syaitan.
Adam…Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku
lebih banyak jumlahnya dari kaummu di akhir zaman,itulah sebenarnya
ketelitian Allah dalam urusan-Nya.Jika jumlah kaummu melebihi kaumku
niscaya merahlah dunia kerena darah manusia, kacau bilaulah suasana
kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari
peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Jika
begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang membolehkan Adam
beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam…Bukan
kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.Bukan kerana sedikitnya
jumlahmu yang mencemaskan aku.Tetapi… aku risau, gundah gulana
menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu sudah tahu bahwa aku harus tunduk
ketika menjadi isterimu.Namun… terasa berat pula untukku menyatakan isi
perkara.
Adam…Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki lebih berkuasa terhadap kaum wanita.Kau diberi
amanah untuk mendidik aku.Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memperhatikan dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.
Tapi Adam…….Apa yang sudah terjadi pada kaumku
kini.Kami dibiarkan terombang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga
mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya
keadilanmu?asalnya Allah menghendaki aku tetap tinggal di rumah……..Aku
setuju………..Allah juga membolehkan aku keluar jika untuk suatu
kepentingan.Asalkan aku keluar dari rumah……. seluruh tubuhku ditutup
dari ujung kaki sampai ujung rambut… tetapi realitinya kini, Hawa telah
lebih dari sepatutnya.
Adam…Mengapa kau biarkan aku
begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?
Adam…Kau sebenarnya Imam dan aku
adalah makmummu.Aku adalah pengikutmu karena kau adalah pimpinanku.Jika
kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Adam…..Kau
punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan,
nafsumu satu.Aku? ?????????????Akalku satu, nafsuku sembilan.Oleh itu
Adam…pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa
sehingga aku tergelincir didalam hawa nafsuBimbinglah daku untuk
menyelami kalimat Allah.Perdengarkanlah daku kalimat syahdu dari Tuhanmu
agar menerangi hidupku.Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku
menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam…Andainya kau masih
lalai dan alpa dengan dirimu sendiri, masih malas mengikuti langkah para
sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.Malulah engkau
Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan
aku sekali lagi Adam…Andainya surat yang ku layangkan ini menimbulkan
amarah di dadamu.Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apa lagi
menjadi buntu.
Waspadalah Adam…Andai auratku
tercabik…andai suaraku mengatasimu… andai langkahku seiringmu… andai
maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih terlena dengan kesenangan dunia….
Tetapi percayalah!!!!!!!!!!!!Bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta…tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan