Khamis, 13 September 2012

Long- distance lOve ...


Kunci kebahagiaan bagi pasangan jarak jauh semestinya bermula daripada kepercayaan dan kesetiaan. Berada jauh daripada sisi pasangan sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan. Lebih-lebih lagi, jika si dia merupakan individu yang terbuka, mudah bergaul dan sering bertemu orang ramai. Yang penting anda mestilah berfikiran positif. Cemburu tidak bertempat dan membuta-tuli hanya akan membunuh hubungan anda. Sikit-sikit cemburu bolehlah. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Asalkan tidak keterlaluan, nanti dikatakan paranoid dan obsessif pula. Letakkan rasa percaya bahawa si dia juga mencintai dan merindui anda.

Komunikasi adalah sangat penting. Cari masa untuk berhubung. Dalam dunia yang serba maju sekarang, tidak sukar untuk kekal berhubung.Tidak kiralah melalui panggilan telefon, sembang maya, emel, laman sosial dan sebagainya. Dengan adanya  komunikasi yang berkesan, anda berdua bolehlah saling berkongsi perasaan, cerita, masalah dan lebih mudah juga untuk menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin wujud antara pasangan. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan ketiadaan persefahaman yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi cinta jarak jauh.

Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut kat telefon, video chat 24 jam, emel tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa dengan pasangan anda,kebarangkalian perasaan sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak saja yang cuba untuk datang melawat. Sebaiknya bergilir-gilir supaya pasangan anda tidak merasakan hanya mereka sahaja yang berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dan bila berkesempatan berjumpa, hargailah sepenuhnya masa bersama si dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa.

Sememangnya cinta jarak jauh bukan perkara mudah. Namun begitu, jagalah cinta yang telah disemai dengan sebaiknya walaupun si dia tiada di hadapan mata. Ingat, jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang kepada cinta anda berdua. Sebaliknya, lihat ia sebagai suatu cabaran dalam mematangkan hubungan anda dan si dia. Semoga cinta anda dan si dia bertahan dan semakin teguh ke akhirnya.

Isnin, 3 September 2012

cinta bersatu

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Jumaat, 17 Ogos 2012

APE LELAKI PERLU BUAT UNTUK PINANG MAKWE .. ??

1) Bagi tahu dahulu nak datang meminang

Korang kenalah bagitahu dahulu bila nak datang meminang si makwe tu.. Jangan main pinang aje ikut suka hati korang. Ni bukan zaman dulu beb, zaman dulu lain, zaman sekarang lain. Bagitahu pukul berapa, haribulan bila.. Baru lah senang keluarga perempuan nak bersedia orang nak datang rumah.

2) Kenali dahulu orang yang korang nak pinang itu.

Ya, lu orang kena lah kenal dahulu siapa makwe tersebut. Kalau perkahwinan ni dah di arrange oleh mak ayah, maka lu orang berhak tahu beb. Tengok lah gambar dulu ke, tak pun search nama beliau kat pesbuk, manalah tahu beliau ada blog ke..

3) Bawak lah wakil untuk nyatakan hasrat meminang tu,

Ya, kalau boleh bawak lah mak ayah lu orang. Kalau mak ayah sudah meninggal, bawak lah pakcik makcik ke yang boleh jadi wakil. Kiranya nak tunjuk kesungguhan korang tu..

Jangan duk bawa rakan-rakan rempit pula ya..

4) Diam, Biar Orang Tua-Tua Aje Bercakap

Ya, lu orang sebagai anak jantan, kena lah hormat orang tua. Jangan duk menyampuk ye. Kalau nak menyampuk pun lu kena lah bagitahu slow-slow. Biar beradap orang kata..


Adab dan tatacara meminang/melamar dalam Islam:

1. Melihat calon/ wanita.
2. Tidak melamar wanita yang telah dilamar Lelaki lain (meskipun belum memberi jawaban).
3. Merahasiakan pelamarannya (tidak mengumumkan ke orang banyak)
4. Wanita yang dilamar terbebas dari segala mawani` (pencegah) dari sebuah pernikahan.
5. Wanita melamar laki-lakiSecara syar’i tidak masalah.   



Rabu, 15 Ogos 2012

my medicine ^.^

Dlam idup ak ade 2 mnde yang xboleh ak tinggal. if ak tinggal jgk mknenye ak cari pnyakit.huhu..na taO pew mnde tuh x... ^.^


oke!! this is nasal spray.ak pnggil ubat nie NASONEX jerk..nie ubat resdung ak. If shari ak x spray mnde nie..habisla.shari ak akn bersin...mOmmy pOn asyik srabut jerk.da duk brsin xhenti2. Actlly gune ubat nie xssh pon. ubat nie ok what! BERKESAN SANGAT2.. kalau boleh ak na jerk syorkan dkat sape2 yg ad resdung, pakai ubat nie.. but better jumpe PAKAR  ENT dulu before pakai. Lau na pegi beli kat farmasi..mahal kOwt..harge ubat nie kat farmasi dalam RM80 lebih..huh! sanggup ke?? ak tao pon sbb aitu da trdesak sgt.mOmmy ajak je pegi farmasi, buy this things... hurmm.. skunk ak ad stOk dah ubat nie kat uma.huhu... ubat nie ak pakai befOre ak na tdow.. actlly ak xikOt sgt arhan pakar.skLi spray utk skli, kdg tuh ak spray 2x shari.hehe..sbb dah xtahan sangat idung nie asyik gtal2 jer..Mngalahkan badut dah..huhu n one more things is.....

oke... ubat nie name dye LORATIDINE..nie ubat kedua ak amik. Ak amik ubat nie time perlu je kOwt.. sbb kate org ubat nie ta mngantOk tapi hakikatnye bile ak yang makan.hampeh! tidow mati agaknye..huhu. Time study dulu bile da makn ubat nie..klas pOn ak xpegi..Lantak lah dorg kat klas na ckp ak ponteng ke ape kan. yg sakitnye ak.ak yang rase.dorg kje cOmplain je ta sudah..wateva lah..tapi bile ak xg klas,my mOm tahu keyh.. ak owez infOrm lau ak xpegi.. ak pnah miss klas pOn bkn sbb suke2 ke ape, dah lau dtg flu nie.sume hal yg ak buat xkan mnjadi punye. n bile da flue nie..satu bdan lah akan letih..na makan pon xlalu tao.tuh pengalaman ak lah kan.oke.... 2 ubat nie.ak xbole miss walau sehari pon kowt...huhu.tapi ak pnah jgk miss mdicine nie..hari2 amik ubat.sape lah larat kan.Hidup bgantung dekat mnde nie je..2 lah org suh berpantang xmO..huhu..ak xske bpantang sgt.Kalau boleh sume mnde ak na mlantak..bkn ape,smntare masih idup n time boleh mkn lah kite kene makn kan.Lau da asyk bpntg je, bile na mnikmati makanan yg sedap2 kan?? :) huhu.nOw my supplier is my sis yang keje kat PUTRAJAYA.ak suh dye je amik ubat nie skunk.beli mahal sgt..xsilap ak rm5 kowt spaket ubat nie.huh...xlayan...hahaha.. n nOw my life n ubat nie da bgabung..harap2 keadaan ak mampu sembuh lagi..InsyaAllah...dengan izin yang MAHA ESA..aminn... 

Selasa, 31 Julai 2012

♥ anniversary kitew ♥

♥ Sayang... harini da 31 July.. Nanti da na msuk 4 august.. Sayang ingat tak tuh anniversary kitew..2010 kite couple..skunk da 2012 da. Mcm xcaye je..pejam celik, pjam celik da 2 taOn.. sengettttt...ak sayang kO gile2!! tapi ak ta gile taO.. ak na sayang kO scare sderhana.. tapi tuh la kan.xdpat plak.. da tlebih sayang :D TAPI kan sengett... mesti kO ssh na pcaye kan.ak ade kO sorg je senget.. sayang MFK!!! 

p/s :: aku bkn lemah tanpa cinta , ak hnya dop mmpu hdup sndiri tanpe dye .
biar laa ak ngis sbb derite tuk mse skrg , mybe kbhgiaan mse hdpan . khdiran dye mngubat rndu , dye ajr ak erti cinta dan dye jugop ajr ak erti setia.. sayang cinta hati saya :*

Jumaat, 27 Julai 2012

ke blakang siket...

alohaaa... lame gop kot dop update blog op. tajuk songo doh.xdop kene ngena lasom ngn mnde ak nOP tulis eyh. Benor ermm... dalam hati ak start doh rase se mnde. pelik oh rase ==" ak rase macam da TAK LAYAK untuk dye..hurmm " DIA HOP DOP LAYOK UNTUK AKU OR AKU YANG DOP LAYOK UNTUK DIA " .. sungguh tuh hop aku rase. kdg bila rase gnie, bile duk lam situasi gnie ak pOm jadi buntu.dOP reti laluh nOp wat gane.. mungkin betol.Ak dop layak dah untuk dye.. Dalam hati macm nOp undur slngkah ke blakang.. v ruang ke org laen lop untuk dye.tapi rase sayang tuh wat ak ase ssh nop lepas dye. Demi ALLAH ak buntu ='(


- mnde hop patop ak buat. undur diri ke??? terus bersama =="

Ahad, 15 Julai 2012

AJARKAN AKU ERTI REDHA-MU

KETIKA AKU SEDANG MERANCANG, ENGKAU JUA SEDANG MERANCANG..NAMUN RENCANA-MU ADALAH LEBIH BAIK DARI APE YANG AKU RENCANAKAN... SUNGGUH AKU TAK KUAT..NAMUN AKAN AKU CUBA HARUNGI SEGALANYA TANPA KELUHAN.. ANDAI ADA JUA KELUHAN YANG KELUAR DARI HATI KECILKU INI..AMPUNI AKU YA ALLAH.. AJARKAN AKU ERTI REDHA DENGAN SEGALA KETENTUAN-MU YA ALLAH :(


Khamis, 12 Julai 2012

Hebatnya menjadi seorang WANITA

✿• Lembut wanita kerana senyumannya, 
✿• Cekal wanita kerana beraninya, 
✿• Patuh wanita kerana kesetiaannya, 
✿• Sabar wanita kerana imannya, 
✿• Kasih wanita kerana belaiannya, 
✿• Lemah wanita kerana air matanya, 
✿• Ikhlas wanita kerana simpatinya,
✿• Pendam wanita kerana cemburunya,
✿• Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
✿• Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
✿• Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah
♥ (^,^)





Selasa, 10 Julai 2012

L.O.V.E

Bila kita sayang seseorg 
kita akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihannya 

TAPI 

bila kita mencintai seseorg 
kita akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus.. 



AKU INGIN MENCINTAINMU DENGAN SEDERHANA


                    


                                                         lots of L.O.V.E for capital MFK 


Jumaat, 6 Julai 2012

Kerana aku sayang kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu!!!!


andai itu takdir-NYA


Semalam awak datang ke dalam hidup saya.
 Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. 
Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. 
Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. 
Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..


Hari ini, saya cuba jadi kuat. 
Cuba menjadi tekad 
seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. 
Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. 
Sebab saya masih sayangkan awak.


Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, 
saya minta 1 sahaja. 
Doakan saya mampu lupakan awak. 
Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. 
Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga "




Ahad, 1 Julai 2012

Jadilah yang soleh n sOlehah

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu? 
Anak : Sebab saya anak mak kan?
 
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.. 
Anak : Apa tu mak?
 
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
 
Anak : Mak! Janganlah...
 
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)
 
 

andainya kamo tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda





  -  TUHAN, SAMPAIKAN PESAN INI PADANYA -

AKU MENYAYANGINYA, MENCINTAINYA
TAK SANGGUP BILA KU KEHILANGANNYA..
TIAP SAAT KU MERINDUINYA..
INGIN BERTEMU DENGANNYA...

LINDUNGILAH DIA DISAAT AKU TAK BERSAMANYA
AKU HANYA INGIN DIA BAHAGIA
WALAUPUN TAK BERSAMANYA
AKU INGIN SELALU MENJAGANYA..
JANGAN BIARKAN DIA BERSEDIH
AKU HANYA INGIN MELIHAT SENYUMANNYA

SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA

.
# SEMOGA KASIH DAN SAYANG, RINDU DAN CINTAKU UNTUK DIA SELAMANYA #



Sabtu, 30 Jun 2012

Engkau imamku dan Aku makmummu

Tiada yg paling MEMBAHAGIAKAN seorang wanita selain dikurniakan seorang SUAMI YG PANDAI MENGAJI....WALAUPUN DIA BUKAN USTAZ...INDAHNYA DPT MENDENGAR DIA MEMBACA AL QURAN MEMUJI DIA YG ESA
semoga dia yg kita cinta dia YG MENDEKATKAN KITA PADA YG MAHA KUASA~


negtif thinking

hati seorang wanita yang rapuh..mudah saja terluka krn dye yg disayangi...hurmm.. Kerana jaoh di mata, ape yg dilakukan dia pon kita ta tao..that's y juz serahkan pada yang Maha Esa tntg sgalanya.. hurmm.. knp hati torg wanita tuh rapuh erk?? bukan niat mempertikaikan ciptaan-Nya, tapi spt ta sanggup mnahan rase sakit di hati,rindu yg kian bertmbh hny untk dia.. 


cinta kami... jauh..... teramat2 jauh.. 
sms + col + jumpe teramat2 jarang skli..lau gurl laen agaknye da lame blaa kot. tapi aku, still agik mnuggu.. ntah dye untuk ak or x ak pon xpasti. Kdg ak bsyukur kami jauh, kadang ak trase peritnye bila ditinggal ksepian sendiri.. kdg tertanya2, siapa ak dihatinya.. 4 ogos t da na masuk 2taon ktorg couple. Tapi ntah knp ak masih blom knal sape dye sbnarnye.Ntah knp trase masih ad kurangnya.. Smoga ALLAH berikan ak ptunjuk-Nya..


Tadi baru lpas col anda.. dgr dari suara tuh saya tao awk mang happy . sbbnye saya xtao..na btanya tkot dktakan bz body plk.. tapi Demi Allah..saya xsdap ati.. sbb sblom tuh awk klua, n then when i col u said da kat umah.. na pcaye or tak same bnyak sbb esok awk cuti.. saya na msg,tapi skping msg saya pon awk xeply.so saya xtao na ckp pew da.na wat pew pon saya ta tao.. tapi saya leh rase something la mfk.. huh!!


- YA ALLAH BERIKANLAH AKU PETUNJUKMU :(

Isnin, 25 Jun 2012

:: saat bbir ta mmpu mluahkan kata ::

saya rindu anda!!
 teramat sangat.. tuk luahkan pada awk it's juz like nothing..so i juz keep it in my heart.. 
bOo.. sungguh saya rindukan anda!! dengarlah hati saya nie sayang :(


Sabtu, 23 Jun 2012

sujud syukur padaMU

Alhamdulillah... sujud syukur pada-MU YA ALLAH. akhirnya slame 3 taon ta sia2 usaha aku.. even dgn prngai nakal ak, ngn stdy nye malas n malam LJM tuh smpat lagi maen UNO2 ngn geng2 sumbax! huhu... rupenye mmbuahkan hasil.. YA ALLAH...sungguh ak ta sangka, luasnye pintu rezeki yang tlah KAU bukakan untukku.. takkan ku sia2 kan sume nie YA ALLAH... alhamdulillah.. n Insyaallah ak akan menjadi sorg STAFF NURSE yg berjaya.. ak mOhon keberkatan dariMU ya TUHANKU :)

Jumaat, 22 Jun 2012

this credit to you

heyy gurl... mohon jgn salah faham... ak n dye mang xde pape lah.. yes!! mang dye boyfie ak..tapi tuh dulu!! dulu!! ak pnah sayang dye tapi tuh dulu!! ak penah rindu dye tapi tuh dulu !! antre ak n dye da xd pape.. ktorg da xde pape prasaan antre satu same laen lah.. ak ad MFK n dye ade ko!! tlg lah fhm n jadi matured sket.. fahami dye. kami kawan jela! mang ta lebih dari tuh.. darl... plzz undrstand.. trus trang ak mang pnah block dye n ko tuh sbb er ak xnak ko n dye gado sbb ak..sbb da lame ak block dye, ak ingt sume da ok.. so ak unblock la.. n then dye add ak balik.. i just approve him as a frend.ta lbih dari tuh... Demi kasih n sayang my mOm n my dad, ak n dye mang ta de pape.. na prOve kat kO pon cam xgne sbb ko xkan pnah pk + pasal ak.. plzz being matured and STOP talking NONSENSE!!! hope u read this...

Khamis, 21 Jun 2012

sayangku adalah dunia dan akhirat

Dear boyfie .....

Aku mungkin bukan yang terbaik
Aku mungkin bukan yang solehah
aku mungkin bukan yang tercantik
dan aku juga mungkin bukan kesayanganmu dunia dan akhirat
TAPI
ketahuilah sayang bhawa engkaulah cinta aku dunia n akhirat

 aku
memilihmu sebagai imamku
walaupun ku tahu masih ada lagi yang layak
untuk membimbing dan menjadi imam untukku dan 
anak2 ku satu hari kelak.

untukmu wahai imamku,
jagalah ak, jagalah hatiku..sesungguhnye hati ini rapuh
imamku...
jagalah dirimu, adab, tutur kata dan kelakuanmu
Jagalah cintamu untuk Allah dan juga aku
Cintailah Allah terlebih dahulu sebelum aku

Dengan jarak yang jaoh ini
aku hanya mampu berdoa dan memohon dariNya untuk mnjagamu

Seandainya ditakdirkan kau bukanlah jodohku
aku redha dengan ketentuanNya
sesungguhnya Allah lebih tao ape yang terbaik untukku

cara memujuk lelaki supaya masuk meminang..

1-Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH


Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW.
Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita?
Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…
Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa, apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.
Itulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada masalah, terus minta
dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH, selawat atas Nabi SAW, mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?
Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah tak berjaya,apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Patutkah begitu?
Pada saya cara macam tu silap. Sebetulnya, apa2 pun, perkara pertama yang perlu kita buat dulu ialah, SOLAT 2 RAKAAT & BERDOA PADA ALLAH dulu. Mohonlah sungguh2 pada ALLAH supaya menunaikan hajat dan permintaan kita. Kemudian, usaha lah dengan apa cara sekalipun dalam mencapai hajat kita.
Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…



2 -
Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita




Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera.
Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.
Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan
dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.
Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??
So, kenalpasti dulu, pada tahap mana lelaki atau pakwe anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main2 saja dengan anda, pada saya,tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada lelaki atau pakwe yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I…


3-Berterus terang sajalah




Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus terangdengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia.
Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan jadi bersedia?
Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin,
kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda. Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu.
Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?


So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa, tiada gunanya saya berikan tips bagaimanan untuk pujuk lelaki masuk meminang. Sebab
ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.

Rabu, 20 Jun 2012

anda psycho!!

werkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!
 haha... dop abih2 nop tuduh2 org ngn prangai budox2 mg tuh.
 fuck u gurl!!!
 sia2 nye lah mg hidup, keje nop ngate ke org nop saket aty nge org nop tduh org bkn2.. 
haha. Ak suke!! ak bahagia.. tobat erh..
 mcam dop caye mg nie boleh ase tgugat ngn ak?? 
YA ALLAH... umO anda n pemikiran anda asal xsame eyh gurl!
 ko n prangai ko boleh wat org gelakkan kO.oke!.
n nak pbetulakn kesilapn kO sket, dye yg add ak.nOt me keyh! :) 
ak nim hny bolh trsenyum jela tgOk ko n prangai bodak2 yg xmtg kO tuh.
myb tntg hal len kO matang tp bab CINTA ko low arh minah... 
boleh nampk dari care kO der.. 
wa ta kisah pew lue na pk tntg wa, pew lue na ckp tntng wa.
asal wa tao..
wa ad boyfie sndiri n wa mang xde minat langsung ngan boy kO tuh..NOKTAH!!! :D hahaha 
kO tergugat yer sayang... bluerrrrkkk!! ;p



Khamis, 7 Jun 2012

Cinta Yang Bersenikan Diam..

InsyaALLAH.. Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali kwjh dan Saidatina Fatimah ra.=) Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya..
**********
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
"Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.
Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabulpernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” .
Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”
*********************
Begitulah cinta yang bersenikan diam.. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..
Cantik ibrah dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu..
 
ALLAH sentiasa mengetahui detik hatimu dan meraikan fitrahmu..=)

Sabtu, 2 Jun 2012

F.R.I.E.N.D.S

ahoiiiiiii... juz tinggal beberapa minggu je lagi ak na abih blajO... t msti rindu gler kat dak2 bilik.rindu na makan skli, lepak skli, tdow skatil, balOh, baik, nanges..huwaaaaaaaa... i will mish all the time we spent tgether.. t jgn dop ingat katku lop saeng2..huhu. awop2.. t kalu ade sape2 nop kawen, nop tunang jgn lop dop jmput ak.. insyaallah lau blh g ak g.. gane2 pom ak akan rindu arh sep2 mg lake. 8 ari je lagi tolok jumaat n sabtu kite nop LJM.. hOpe LJM untuk BATCH 4 lulus 100%.. even dulu org target batch 4 gtoo gnim, kite buktikan kat dorg sume.BATCH 4 BOLEH!!!! go go friends.. ak doakan kite sume succes!! insyaallah..lau ade rezeki, sume kan dapt keje...hope sep2 deme dop lupe katku deh.. sayang sep mg lake!!! muaxsss!!

Jumaat, 1 Jun 2012

- big girl's dOn't cry -

oke !! big girl will never ever ever cry... oke !! smile babe =) ur the one..huhu.. oke!! nOp nangis doh ase.haha.odOr ngoh tobat pOm.dOp ahu lah nape kisOh wase nOp nanges. ingat mg!! ingat kenangan kite.. nulis blOg laluh ak pOm.. weh budOk gile! akpe tringat ke mg opmO arr... akpe2!! yang amat boDo ak ase..p mnde tuh gOp ak wat.. akpe mg dOp pnOh nOp hargai ak nim.. weh gile! mg dop napOk ke ak setia nop mapuh nim.?? dop napOk ke?? berat lah mg nie sayam... mg dop sedOr ke mg nyekse ak?? dop sedor ke?? dop napOk ke?? ke wat2 dop tao!! saboh arh ak pnggil mg gile! mg wat ak tekanan tahap kritikal ouh ase... sabO2.. ya ALLAH... nop cari mane ahu kekuatan time2 gnim.. huh!

LOVE LETTER FOR ADAM'S

Wahai Adamku…Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi, tidak heranlah jika perjalanan hidupku senantiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku senantiasa berbelok dari landasan… kerana aku buruan syaitan.

Adam…Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih banyak jumlahnya dari kaummu di akhir zaman,itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.Jika jumlah kaummu melebihi kaumku niscaya merahlah dunia kerena darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang membolehkan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.Bukan kerana sedikitnya jumlahmu yang mencemaskan aku.Tetapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.Aku sejak dulu sudah tahu bahwa aku harus tunduk ketika menjadi isterimu.Namun… terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam…Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki lebih berkuasa terhadap kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidik aku.Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memperhatikan dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam…….Apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.Kami dibiarkan terombang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?asalnya Allah menghendaki aku tetap tinggal di rumah……..Aku setuju………..Allah juga membolehkan aku keluar jika untuk suatu kepentingan.Asalkan aku keluar dari rumah……. seluruh tubuhku ditutup dari ujung kaki sampai ujung rambut… tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam…Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu.Aku adalah pengikutmu karena kau adalah pimpinanku.Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Adam…..Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.Aku? ?????????????Akalku satu, nafsuku sembilan.Oleh itu Adam…pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir didalam hawa nafsuBimbinglah daku untuk menyelami kalimat Allah.Perdengarkanlah daku kalimat syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam…Andainya kau masih lalai dan alpa dengan dirimu sendiri, masih malas mengikuti langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam…Andainya surat yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apa lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam…Andai auratku tercabik…andai suaraku mengatasimu… andai langkahku seiringmu… andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih terlena dengan kesenangan dunia….

Tetapi percayalah!!!!!!!!!!!!Bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta…tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…