Selasa, 31 Julai 2012

♥ anniversary kitew ♥

♥ Sayang... harini da 31 July.. Nanti da na msuk 4 august.. Sayang ingat tak tuh anniversary kitew..2010 kite couple..skunk da 2012 da. Mcm xcaye je..pejam celik, pjam celik da 2 taOn.. sengettttt...ak sayang kO gile2!! tapi ak ta gile taO.. ak na sayang kO scare sderhana.. tapi tuh la kan.xdpat plak.. da tlebih sayang :D TAPI kan sengett... mesti kO ssh na pcaye kan.ak ade kO sorg je senget.. sayang MFK!!! 

p/s :: aku bkn lemah tanpa cinta , ak hnya dop mmpu hdup sndiri tanpe dye .
biar laa ak ngis sbb derite tuk mse skrg , mybe kbhgiaan mse hdpan . khdiran dye mngubat rndu , dye ajr ak erti cinta dan dye jugop ajr ak erti setia.. sayang cinta hati saya :*

Jumaat, 27 Julai 2012

ke blakang siket...

alohaaa... lame gop kot dop update blog op. tajuk songo doh.xdop kene ngena lasom ngn mnde ak nOP tulis eyh. Benor ermm... dalam hati ak start doh rase se mnde. pelik oh rase ==" ak rase macam da TAK LAYAK untuk dye..hurmm " DIA HOP DOP LAYOK UNTUK AKU OR AKU YANG DOP LAYOK UNTUK DIA " .. sungguh tuh hop aku rase. kdg bila rase gnie, bile duk lam situasi gnie ak pOm jadi buntu.dOP reti laluh nOp wat gane.. mungkin betol.Ak dop layak dah untuk dye.. Dalam hati macm nOp undur slngkah ke blakang.. v ruang ke org laen lop untuk dye.tapi rase sayang tuh wat ak ase ssh nop lepas dye. Demi ALLAH ak buntu ='(


- mnde hop patop ak buat. undur diri ke??? terus bersama =="

Ahad, 15 Julai 2012

AJARKAN AKU ERTI REDHA-MU

KETIKA AKU SEDANG MERANCANG, ENGKAU JUA SEDANG MERANCANG..NAMUN RENCANA-MU ADALAH LEBIH BAIK DARI APE YANG AKU RENCANAKAN... SUNGGUH AKU TAK KUAT..NAMUN AKAN AKU CUBA HARUNGI SEGALANYA TANPA KELUHAN.. ANDAI ADA JUA KELUHAN YANG KELUAR DARI HATI KECILKU INI..AMPUNI AKU YA ALLAH.. AJARKAN AKU ERTI REDHA DENGAN SEGALA KETENTUAN-MU YA ALLAH :(


Khamis, 12 Julai 2012

Hebatnya menjadi seorang WANITA

✿• Lembut wanita kerana senyumannya, 
✿• Cekal wanita kerana beraninya, 
✿• Patuh wanita kerana kesetiaannya, 
✿• Sabar wanita kerana imannya, 
✿• Kasih wanita kerana belaiannya, 
✿• Lemah wanita kerana air matanya, 
✿• Ikhlas wanita kerana simpatinya,
✿• Pendam wanita kerana cemburunya,
✿• Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
✿• Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
✿• Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah
♥ (^,^)





Selasa, 10 Julai 2012

L.O.V.E

Bila kita sayang seseorg 
kita akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihannya 

TAPI 

bila kita mencintai seseorg 
kita akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus.. 



AKU INGIN MENCINTAINMU DENGAN SEDERHANA


                    


                                                         lots of L.O.V.E for capital MFK 


Jumaat, 6 Julai 2012

Kerana aku sayang kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu!!!!


andai itu takdir-NYA


Semalam awak datang ke dalam hidup saya.
 Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. 
Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. 
Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. 
Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..


Hari ini, saya cuba jadi kuat. 
Cuba menjadi tekad 
seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. 
Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. 
Sebab saya masih sayangkan awak.


Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, 
saya minta 1 sahaja. 
Doakan saya mampu lupakan awak. 
Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. 
Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga "




Ahad, 1 Julai 2012

Jadilah yang soleh n sOlehah

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu? 
Anak : Sebab saya anak mak kan?
 
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.. 
Anak : Apa tu mak?
 
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
 
Anak : Mak! Janganlah...
 
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)
 
 

andainya kamo tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda





  -  TUHAN, SAMPAIKAN PESAN INI PADANYA -

AKU MENYAYANGINYA, MENCINTAINYA
TAK SANGGUP BILA KU KEHILANGANNYA..
TIAP SAAT KU MERINDUINYA..
INGIN BERTEMU DENGANNYA...

LINDUNGILAH DIA DISAAT AKU TAK BERSAMANYA
AKU HANYA INGIN DIA BAHAGIA
WALAUPUN TAK BERSAMANYA
AKU INGIN SELALU MENJAGANYA..
JANGAN BIARKAN DIA BERSEDIH
AKU HANYA INGIN MELIHAT SENYUMANNYA

SAMPAI AKU SUDAH TIDAK ADA DI DUNIA

.
# SEMOGA KASIH DAN SAYANG, RINDU DAN CINTAKU UNTUK DIA SELAMANYA #